Tuesday, June 30, 2009

Mingguan Malaysia

ISBN 983-99757-5-7 '
Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA)
No. 1 D-I, Bangunan SKPPK
Jalan SS9Al17
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
O FOMCA 2004
Cetakan Pertama - Oktober 2004


KITA SEKARANG DALAM SITUASI MADU DI TANGAN KANAN, RACUN DI TANGAN KIRI - PILIHAN DI TANGAN PENGGUNA
KENAIKAN harga bahan bakar sebanyak lima sen seliter mulai awal bulan ini
mencetuskan apa yang disifatkan sebagai 'pesta kenaikan harga' barangan
dun perkhidmatan pengguna.
Selain kos pengangkutan yang meningkat, apa yang terasa begitu membebankan
para pengguna sekarang ialah harga barangan makanan yang naik dengan
begitu tinggi sehingga sesetengahnya seperti tidak masuk akal.
Tetapi kepada Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA), N. Marimuthu, kenaikan harga bahan bakar itu bukanlah satusatunya
faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan makanan.
"Ada faktor lain yang harus kita fahami. Para peniaga sebenarnya hanya
mengambil kesempatan saja daripada kenaikan bahan bakar itu," katanya
dalam satu wawancara, kelmarin.
Marimuthu baru saja tiga bulan lalu mengambil alih kepimpinan pergerakan
pengguna terbesar itu daripada presidennya sebelum ini, Pro$ Datuk Harndan
Adnan.
Selain cuba memahami isu kenaikan harga barangan makanan ini, wartawan
NOOR AZAM SHAIRI dun SITI MARIAM MD. ZAIN turut mencungkil pandangan
Marimuthu mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh para
pengguna dalam menghadapi masa yang sukar ini.
"Tidak ada cara lain. Kita semua harus menukar gaya hidup yang membawa
kepada pembaziran, " katanya.
Marimuthu cukup percaya bahawa perlindungan yang terbaik harus bermula
daripada diri
para pengguna sendiri.
"Memboikot barangan tidak akan membawa kita ke mana-mana," katanya,
sambil menjelaskan bahawa FOMCA tidak pernah mengeluarkan kenyataan
mahu memboikot barangan makanan yang harganya naik melampau dalam masa
seminggu ini.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan
Akta Harga sebagai jawapan muktamad kepada masalah yang tidak pernah
selesai ini.
MZNGGUAN: Bagaimana saudara melihat
3esta kenaikan harga'
ini?
MARIMUTHU: Sejak dulu lagi FOMCA percaya kenaikan ini berlaku bukan
kerana hanya satu sebab. Kenaikan harga minyak itu boleh dikatakan hanya
sebagai alasan saja. Apabila harga minyak naik, semua pihak mengambil
kesempatan dan menggunakannya sebagai alasan untuk menaikkan harga
barangan sesuka hati.
Kalau kita lihat dengan teliti kenaikan harga minyak itu boleh dikatakan
hampir tiada kaitan langsung dengan kenaikan harga yang mereka kenakan
itu.
Dalam membincangkan isu kenaikan harga khususnya barangan makanan,
kita kena faham bahawa kita bukan negara pengeluar makanan tetapi
pengimport.
Menurut statistik tahun lalu, kita mengimport makanan berasaskan pertanian
berjumlah RM 12.44 bilion sedangkan nilai eksport pula hanya RM7.4 bilion.
Maknanya ada defisit RM5.04 bilion. Ini jelas menunjukkan kita bukan negara
pengeluar makanan.
Bahan bakar naik lima sen seliter tetapi
harga daging misalnya naik
sehingga RM2.50 sekilogram. Apa maknanya ini?
MARIMUTHU: Ini memang jelas mengambil kesempatan. Apa yang
menghairankan ialah selepas 47 tahun merdeka, masih ada ramai peniaga
yang tidak beretika dan terkeluar daripada Rukuniaga yang telah
diperkenalkan oleh kerajaan.
Kepada saya, peniaga-peniaga ini mengambil kesempatan bukan kerana
tiadanya penguatkuasaan. Saya percaya kalau semua perkara perlu
bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang bermakna ada sesuatu
yang tidak kena dengan masyarakat.
Masalah ini berlaku kerana majoriti peniaga tidak mahu dan tidak tahu
bertanggungjawab. Ini amalan yang tidak baik untuk masa depan dan
pembinaan negara.
Zsu harga bukan masalah baru. la timbul sepanjang masa. Soalnya
kenapa ia berulang-ulang?
MARIMUTHU: Untuk memaharni kenaikan harga barangan makanan ini
kita perlu terlebih dulu memahami beberapa perkara. Pertama, negara ini
dilanda oleh pelbagai jenis penyakit seperti selesema burung, penyakit kuku
dan mulut dan sebagainya sejak lima tahun kebelakangan ini.
Ini telah mengubah pola pemakanan rakyat. Kalau dulu makanan sayur dan
ikan hanya tertumpu kepada satu-satu kaum tetapi kini permintaannya
meliputi semua kaum. Maknanya barangan ini perlu dibawa masuk dengan
lebih banyak.
Kedua, bil import makanan yang tinggi juga menyumbang kepada kenaikan
harga makanan. Ketiga, masalah perubahan cuaca dunia yang mengejut
turut memberikan kesan kepada pengeluaran hasil pertanian. Keempat, kos
sara hidup sudah meningkat memaksa peniaga memindahkan bebannya
kepada pengguna.
Kelima, kemunculan kelas menengah juga memberikan dimensi baru kepada
pembelian barangan makanan. Mereka lebih selesa berbelanja di pasar raya
yang harga barangannya lebih tinggi kerana melibatkan kos penyimpanan,
pembungkusan dan pemasaran.
Keenam, harga barangan makanan juga meningkat kerana para pembekal
terpaksa mematuhi syarat-syarat ketat yang dikenakan di bawah Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WTO) yang menyebabkan kos operasi mereka naik.
Ini ditambah pula dengan masalah peranan orang tengah yang menentukan
bekalan barangan makanan itu ada di pasaran. Mereka inilah yang membeli
dengan harga murah daripada petani dan menjualnya dengan harga yang
mahal dengan alasan terpaksa menanggung pelbagai kos operasi.
Selain itu, penggunaan baja dan bahan kimia tanam-tanaman untuk
meningkatkan hasil pertanian juga menambahkan kos dan bebannya
ditanggung oleh pengguna.
Ini yang menyebabkan masalah kenaikan harga tidak pernah selesai, bak
kata orang 'pi mai pi mai tang tu juga'.
Cadangan FOMCA ?
MARIMUTHU: Selama 22 tahun yang lalu, kita semacam lupa daratan.
Kita beralih daripada sektor pertanian kepada bidang perindustrian. Cuma
baru-baru ini saja kita kembali bercakap tentang pertanian, mahu menjadi
negara pengeluar makanan menjelang tahun 2010.
Sekarang kita ada 800,000 hingga 1 juta hektar tanah
pertanian terbiar yang
dahulunya mengeluarkan hasil. Tanah-tanah inilah yang perlu kita bangunkan
untuk membekalkan bahan makanan.
Kita juga perlu melihat kedudukan orang tengah ini. Kita perlu melihat semula
konsep pasar tani supaya para petani boleh memasarkan terus hasil mereka
kepada pengguna seperti matlarnat asalnya.
Kita juga hams memperkenalkan semula rancangan buku hijau dengan
menggalakkan masyarakat bercucuk tanam di rumah masing-masing, dan
kemudian bertukar-tukar hasil tanaman dengan jiran-jiran. Ini boleh
menjimatkan perbelanjaan harian.
Kita juga hams sedar bahawa hampir 60 peratus petani kita merniliki keluasan
tanah kurang daripada 1 ekar. Kita harus menggalakkan para petani
bekerjasama menggemblengkan sumber tanah mereka. Kita harus
mencontohi Thailand yang mempunyai syarat ketat tentang tanah pertanian
kerana ia melibatkan soal kepentingan negara.
Kerajaan juga perlu melihat semula peranan Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) yang sudah lari daripada matlarnat penubuhan asalnya.
Kerajaan perlu memantau FAMA dengan lebih dekat supaya barangan
makanan dapat sampai ke segenap pelosok negara. Kalau barangan kurang
dan permintaan tinggi macam mana hendak menstabilkan harga?
Sekiranya dasar pertanian kita mapan, kita tidak akan menghadapi masalah
ini. Sekarang kita tidak boleh menuding jari menyalahkan penguat kuasa
gaga1 mengawal kenaikan harga barang. Apa yang hendak mereka kuat
kuasakan? Barangan makanan kita dibawa dari lux.
Kenaikan harga ini tidak boleh ditangani dengan penguatkuasaan?
MARIMUTHU: Bukan semua barangan itu barang kawalan yang

Ketiga, elak daripada membeli barang secara hutang. Negara ini mempunyai
2.5 juta orang pemegang kad kredit dan jurnlah hutangnya ialah lebih kurang
RM10 bilion. Kalau tiada duit tidak payahlah berbelanja. Beli barang mengikut
keperluan, bukannya mengikut nafsu. Ukur baju di badan sendiri.
Selain itu, kita hams kembali bercucuk tanam di laman rumah sendiri. Suatu
masa dulu kebanyakan daripada kita tidak membeli sayur-sayuran di pasar
tetapi sekarang cili dan daun kari pun kita terpaksa beli.
Tetapi sekarang orang tinggal di apartmen dun kondominium?
MARIMUTHU: Saya kasihan dengan mereka terutamanya warga Kuala
Lumpur. Saya maksudkan ini kepada mereka yang tinggal di pinggir bandar,
di rumah yang mempunyai tanah lapang. Sedikit tanah lapang yang ada itu
gunakanlah untuk menanam apa saja tanarnan yang boleh mengurangkan
belanja dapur.
Apa yang saya hendak katakan ialah seboleh mungkin cubalah kurangkan
belanja. Jangan membazir tidak tentu sebab. Gaya hidup kita sekarang ini
terlalu cenderung kepada pembaziran. Kalau empat orang dalam sebuah
keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4,000 - suarni, isteri dan dua
anak yang sudah bersekolah - setiap seorang ada telefon bimbit, keluarga
itu boleh jatuh miskin 10 peratus.
Bukankah lebih baik kalau duit itu dilaburkan dalam saham amanah,
digunakan untuk membeli insurans, simpan dalam bank atau Tabung Haji?
Tetapi kata orang itulah
gaya hidup moden?
MARIMUTHU: Gaya hidup moden itulah yang merosakkan. Itu sebab saya
katakan jangan membazir. Setiap orang perlu memilih cara hidup masingmasing.
Kita jangan lupa bahawa perlindungan pengguna yang terbaik adalah
perlindungan diri sendiri.
Inilah masalah orang kita. Kita suka menyalahkan kerajaan, menyalahkan
undang-undang dan menyalahkan orang lain tetapi kita tidak pernah mahu
menyalahkan diri sendiri. Kita ini memang ada sindrom lagu 'bangau oh
bangau' .
Setiap anggota masyarakat hams menjadi pengguna yang berhemah. Saya
minta maaf tetapi saya mesti cakap perkara ini. Hari ini semua orang mahu
ada kereta tetapi sebenarnya mereka tidak mampu. Ini selalu berlaku kepada
eksekutif muda yang baru lulus universiti dan baru mula bekerja. Selepas
tolak duit untuk rumah dan kereta, apa lagi yang tinggal untuk mereka.
Ini berbalik kepada soal gaya hidup. Kita perlu bersederhana.
Apakah hikmah daripada kenaikan harga barang ini?
MARIMUTHU: Kita perlu duduk dan secara jujur menilai semula gaya
hidup masing-masing. Inilah masanya yang terbaik. Saya sendiri sudah mula
mernikirkann ya.
Masalahnya orang tidak mahu berkorban. Orang tidak mahu bawa bekal
kerana kononnya malu. Daripada malu membawa sebotol air masak dari
rumah orang lebih rela membeli air mineral atau rninum di kantin.
Kalau sehari kita dapat berjimat RM1, sebulan ada RM30. Kita harus
berjimat setakat mana yang boleh biarpun hanya beberapa sen; sedikitsedikit
lama-lama jadi bukit.
Pengguna bagaimanakah yang menjadi mangsa daripada kenaikan
harga barang sekarang ini?
MARIMUTHU: Kepada saya, para pengguna yang tidak kisah tentang
gaya hidup mereka. Mereka tidak kisah berbelanja lebih sedikit pada bulan
ini kerana percaya boleh berjimat pada bulan yang akan datang. Mereka
tidak berbelanja mengikut kemampuan dan akhirnya terpaksa berhutang.
Itu sebabnya kita lihat kes-kes melibatkan along, masalah-masalah jenayah
dan juga perpecahan rumah tangga meningkat dalam masyarakat. Kalau
kita kaji kes-kes perceraian yang berlaku kebanyakannya bukan kerana
masalah suarni atau isteri tetapi berpunca daripada masalah wang.
Masalah sosial yang kita hadapi ini adalah masalah yang berantai-rantai,
berpunca daripada gaya hidup kita yang sudah berubah.
Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa harga minyak mungkin
terpaksa dinaikkan lagi sekiranya keadaan memaksa. Adakah itu
isyarat jelas bahawa gaya hidup kita mesti berubah?
MARIMUTHU: Ini adalah hal-ha1 yang di luar kawalan kita. Kepada saya,
menukar gaya hidup adalah sesuatu yang terlalu mendesak sekarang. Kita
tidak boleh bertangguh.
Suka atau tidak, kepenggunaan adalah soal membuat pilihan. Kita sendiri
yang akan menentukan sarna ada mahu hidup dengan gembira atau bersedih.
Ini adalah pilihan masing-masing.
Masalahnya ialah kita mengharapkan terlalu banyak daripada kerajaan.
Kerajaan hanya boleh buat sedikit saja.
Jadi apakah yang boleh kita harapkan daripada kerajaan?
MARIMUTHU: Kerajaan perlu menyediakan pelan jangka panjang. Pelan
jangka pendeknya ialah dengan juga mengeluarkan permit sementara
mengimport makanan untuk menstabilkan harga di pasaran. Tetapi pada
masa yang sama kerajaan juga harus ada pelan jangka panjang untuk
menstabilkan harga.
Orang tidak pernah merancang untuk gagal tetapi sebenarnya gagal
merancang dengan baik. Kita perlu ada satu dasar yang kukuh dan
dilaksanakan dengan konsisten. Kita tidak mahu dasar bertukar-tukar apabila
menteri bertukar.
Apa pula peranan peniaga?
MARIMUTHU: Orang kalau berniaga memang matlamatnya mahu
membuat duit tetapi janganlah keterlaluan mengaut keuntungan. Hanya ada
satu cara saja untuk mengawalnya iaitu dengan memperkenalkan Akta
Harga.
Dengan akta itu, peniaga tidak boleh menaikkan harga dengan sesuka hati.
Mereka perlu terlebih dulu mengemukakan permohonan kepada kerajaan
dengan memberi alasan-alasan kenaikan itu. Kerajaan pula akan mendengar
pandangan daripada wakil pengguna.
Kerajaan tahun lalu memperkenalkan Rukuniaga yang mahu
melahirkan peniaga yang beretika. Apa yang berlaku sekarang ialah
sebaliknya.
MARIMUTHU: Itu sebabnya kita perlu kepada Akta Harga. Sekarang ini
tidak ada undang-undang yang boleh mengawal secara keseluruhan kenaikan
harga barang.
Kita perlu ingat bahawa para peniaga di negara ini hanya takut kepada dua
perkara - hukuman denda dan hukuman tarik lesen untuk berniaga.
Adakah Rukuniaga yang mahu melahirkan itu sukar dilaksanakan?
MARIMUTHU: Ia boleh dilaksanakan sekiranya para peniaga kita mahu
mematuhinya. Masalahnya mereka tidak mahu. Kod itu bukan paksaan tetapi
memerlukan pematuhan secara sukarela. Ini bergantung sejauh mana
mereka boleh menghayatinya. Ini soal penghayatan.
Kenapa mereka tidak menghayatinya?
MARIMUTHU: Tahap nilai moral masyarakat sudah menurun. Tetapi
realitinya bagaimana kita boleh membenarkan harga ditentukan oleh keadaan
pasaran tetapi pada masa yang sama kita mengatakan bahawa harga
sesetengah barangan perlu dikawal?
Itu sebabnya kita sangat memerlukan Akta Harga. Kita memerlukan satu
mekanisme untuk menentukan harga barang. Kita tidak boleh membenarkan
para peniaga dan pembekal perkhidmatan menaikkan harga mereka dengan
sewenang-wenangnya.
Undang-undang mengenai harga yang kita kuat kuasakan sekarang ini hanya
menyentuh soal tanda harga. Hanya kalau tiada tanda harga tindakan boleh
dikenakan kepada peniaga. Kesalahan yang mungkin dilakukan oleh peniaga
ialah hanya tidak meletakkan tanda harga dan bukannya menaikkan harga
terlalu melampau, melainkan ia melibatkan barang terkawal.
Kita juga tidak boleh mengawal harga barangan yang sudah diproses misalnya
makanan di restoran dan gerai.
Bagaimana pengguna perlu menghadapi perkembangan semasa ini?
MARIMUTHU: Kita harus menjadi pengguna yang bijak dalam membuat
pilihan. Kita tidak hams menjadi pengguna yang boleh diperbodoh-bodohkan.
Saya tidak faham kenapa para pengguna tidak boleh meningkatkan
pengetahuan kepenggunaan mereka dengan membaca penerbitan persatuan
pengguna sedangkan mereka boleh menghabiskan wang membeli majalah
humor dan misteri.
Hanya dengan meningkatkan pengetahuan saja mereka boleh membuat
pilihan yang bijak di pasaran. Kita jangan membeli sesuatu barang hanya
kerana orang lain juga membelinya. Kita harus melihat kemampuan diri
sendiri.
Selepas 32 tahun gerakan pengguna wujud, apakah pengguna kita
masih belum bijak? Bagaimana saudara menilai tahap kesedaran
mereka?
MARIMUTHU: Walaupun 75 peratus daripada sekolah ada kelab pengguna
dan 60 peratus daripada rakyat tahu tentang pergerakan persatuan pengguna
tetapi adakah mereka menghayatinya?
Kami hanya boleh memberitahu saja tetapi bergantung kepada rnasyarakat
untuk menentukan tindakan mereka sendiri.
Adakah ini pengakuan bahawa FOMCA telah gagal?
MARIMUTHU: Tidak. FOMCA tidak mengutip cukai daripada rakyat dan
tidak ada peruntukan yang secukupnya untuk membuat program pendidikan
kepenggunaan. Di United Kingdom, kerajaannya memberikan 40 juta pound
kepada persatuan pengguna untuk program-programnya.
Di Singapura, kerajaannya memperuntukkan 25 sen bagi setiap orang
penduduk untuk program pendidikan kepenggunaan. Beri saya satu kepala
10 sen saja, saya boleh cuba memastikan tahap kepenggunaan di negara ini
meningkat.
Apakah yang boleh FOMCA lakukan?
MARIMUTHU: Karni boleh membuat kajian untuk membantu kerajaan
membuat keputusan dan dasar yang terbaik untuk rakyat, untuk pengguna
semua. Kami boleh menyebarkan maklumat tentang kepenggunaan yang
baik kepada anggota masyarakat.
Kami boleh melakukannya dengan bantuan dana dari luar tetapi nanti karni
akan dianggap sebagai tali barut asing. Kami boleh buat itu semua sekiranya
kerajaan mahu memberikan bantuan yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun penghayatan adalah sesuatu yang kami tidak boleh
ajar. Para pengguna sebaliknya yang hams berlaku jujur kepada diri sendiri.
Kita boleh bawa lembu dan kerbau ke tepi sungai tetapi kita tidak boleh
paksa mereka minum.
Kita kena ingat gerakan kepenggunaan ini kerja sukarela. Sungguhpun begitu
dalam tempoh lebih tiga dekad ini sekurang-kurangnya FOMCA telah
melakukan sesuatu untuk kesedaran dan perlindungan pengguna.
Bagaimana saudara menilai tahap kesedaran itu?
MARIMUTHU: Kesedaran itu ada tetapi masyarakat selalu melihatnya
sebagai masalah orang lain, bukan masalah dia sendiri. Sekiranya ada orang
yang mengatakan bahawa FOMCA gagal mendidik pengguna saya boleh
menjawab dengan mengatakan bahawa media dan kerajaan lebih lagi gagal.
Ini kerana media mempunyai sumber yang secukupnya; media ada ruang
dan kerajaan ada wang.
Adakah sukar untuk melahirkan peniaga yang beretika?
MARIMUTHU: Ini berbalik kepada soal kematangan. Apabila masyarakat
tidak membaca bagaimana mereka hendak ada kesedaran moral yang tinggi,
bagaimana kita hendak melahirkan pengguna yang tahu tentang hak-haknya
sendiri.
Saya harus puji bahawa setiap hari Utusan Malaysia ada menyiarkan pelbagai
rencana yang menarik termasuk mengenai kesedaran kepenggunaan tetapi
berapa orang yang membaca halaman rencana?
Apa kaitannya dengan soul membaca?
MARIMUTHU: Ilmu itu kuasa. Apabila masyarakat berilmu mereka boleh
membuat keputusan dengan bijak. Kepenggunaan adalah urusan membuat
keputusan yang tepat dengan segala maklumat yang ada.
Kalau perlindungan yang terbaik adalah diri sendiri, adakah ini
bermakna soul boikot tidak timbul?
MARIMUTHU: Soal boikot tidak akan timbul kalau kita ada barangan.
Masalahnya sekarang bagaimana kita hendak boikot kerana apa yang kita
bincangkan ini ialah barangan makanan. Setiap hari kita perlu makan;
bagaimana mahu boikot. Saya hendak tanya kalau kita boikot ayam, ikan
dan daging akhirnya kita hendak makan apa?
Kita perlu berhati-hati dalam membuat keputusan ini. Saudara semak balik
laporan tentang boikot itu. Presiden FOMCA tidak cakap supaya boikot.
Kalau semak sejarah saya dalam gerakan kepenggunaan, saya tidak pernah
menggunakan perkataan boikot. Alasan saya senang: Kita sangat bergantung
kepada barangan makanan.
Saya tidak boleh suka-suka membuat kenyataan. Kalau mahu, saya boleh
membuat kenyataan akhbar setiap hari dan saya percaya media akan
menggunakannya. Saya tahu dengan kenyataan ini, saya akan menjadi
Presiden FOMCA yang tidak popular tetapi inilah hakikatnya.
Hanya ada dua saja carauntuk kita menghadapi situasi sekarang ini. Pertama,
sebagai pengguna kita perlu tepuk dada dan tanya selera: Apakah kita marnpu
untuk berbelanja seperti biasa? Kedua, peniaga perlu memikirkan apakah
yang mereka lakukan ini baik untuk kepentingan negara.
Mingguan Malaysia
10 Oktober 2004

No comments:

阅读,志在乐

  因“微信读书”,今年的阅读量突破20本,平均每个星期读完一本。多亏这阅读软件,我有机会阅读不同作者的书,从中体验不同写作风格和内容的乐趣。 没错,很少读纸本和属灵书籍。每一年阅读方式有所变动,有时一年可以买许多书,阅读很多属灵书籍;有时,可以几个月才读完一本书。有时想把书撇...